Soalan KOMSAS SPM 2018
Soalan 2(b) - Prosa Moden
(i) Aiman Aqil mampu mencipta formula sendiri dan menyelesaikan masalah matematik tingkatan lima.
(ii) Pendekatan lain yang boleh diambil antaranya ialah memberi didikan agama yang mencukupi dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
(iii) Persoalan yang terdapat dalam petikan ialah persoalan ketegasan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Contohnya, bapa Aiman merotannya dan ibunya memarahinya akibat kesalahan yang dilakukan. Persoalan yang boleh didapati daripada keseluruhan cerpen pula ialah persoalan perasaan dendam akibat kesalahan masa lampau. Sebagai contoh, Aiman menyimpan rasa dendam kepada bapanya yang telah menampar serta merotannya kerana sikapnya yang suka mengganggu murid lain serta suka berimaginasi.
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
(i) Laksamana menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pembahagian itu kerana tidak adil kepada tuan harta itu sendiri.
(ii) Laksamana membahagikan harta tersebut kepada tiga. Sebahagian daripadanya diambil oleh Laksamana dan dibahagi pula kepada tiga lagi bahagian. Sebahagiannya didermakan kepada fakir miskin, sebahagian lagi kepada pegawai yang tiada penguasaan dan bahagian selebihnya diberikan kepada orang ramai.
(iii) Laksamana bertindak demikian kerana beliau merasakan bahawa harta itu bukanlah miliknya dan beliau ingin membantu rakyat jelata.
Soalan 2(d) - Puisi Tradisional
(i) Setelah istana berjaya disiapkan, buruh-buruh yang membina istana tersebut meninggal dunia. Jadi, tiada siapa dapat meniru binaan tersebut. Kemudian, istana itu dipersembahkan kepada raja dan permaisurinya.
(ii) Pada pendapat saya, istana pada zaman dahulu dibina tersergam indah kerana kreativiti dan kemahiran luar biasa yang dimiliki oleh arkitek pada zaman itu. Selain itu, hal itu berlaku disebabkan oleh taat setia tukang bina yang sanggup mengorbankan harta dan nyawa demi pemerintah mereka.
(iii) Nilai murni yang terdapat dalam seloka tersebut ialah nilai kegigihan, contohnya tukang bina gigih menyiapkan sebuah istana yang indah selama tujuh bulan. Selain itu, nilai ketelitian juga terdapat dalam seloka tersebut. Misalnya, dinding-dinding istana itu diukir dengan penuh teliti.