Posts

Showing posts with the label Latihan

Latihan Pengetahuan & Kemahiran Bahasa

PERCUBAAN SPM NEGERI SEMBILAN 2017 (a) (i) Sudah lama Encik Zahid tidak pulang melawat keluarga mertuanya. Dr. Rushdi merawat pesakitnya, Waheeda dengan penuh teliti. (ii)  Air kopi yang disediakan oleh Mak Teh itu mengewap. Aqilah menguap di dalam kelas yang membosankan itu. (iii) Lelaki itu telah didakwa mengelar tangan isterinya sehingga berdarah. Masyarakat perlu berhenti menyelar seseorang berdasarkan fizikalnya. (b) (i) Kami telah melaksanakan tugas mengemaskinikan maklumat carta organisasi Persatuan Bahasa Melayu pada petang semalam. (ii) Kami sangat memerlukan bimbingan awak untuk memastikan kertas kerja yang disediakan menepati format yang dikehendaki. (iii) Kementerian Pendidikan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk melonjakkan kualiti pendidikan di negara ini. (c) (i)  baiografi - biografi mengabadi - mengabadikan (ii) penuhi - memenuhi speksifikasi - spesifikasi (iii) berprofail - berp...

Latihan Tatabahasa & Istilah

Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut. 1. “ Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut. “ Apakah  menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta  pertandingan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.  2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat . Bapa saudaranya memperoleh  pendapatan  yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang  dibuatnya . 3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan , tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak  sepadan , tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik  daripada  seorang pemuda lagi. 4. Seorang pegawai tinggi sya...