Ayat Gramatis Karangan
GRAMATIS 1
Kosa Kata
1. rantam
Hasil kerja yang berkualiti dapat diperolehi sekiranya tugasan itu disiapkan secara rantam.
2. sagur
Pak Seman menunjukkan sagur lamanya yang pernah digunakan suatu ketika dahulu kepada cucu-cucunya.
3. takzim
Pengacara majlis itu mempersilakan kedatangan tetamu kehormat dengan penuh takzim.
4. tetua
Ana membeli produk penjagaan kulit yang diimport dari Korea untuk menghilangkan tetuanya.
5. ungkal
Warden asrama itu mengeluh memikirkan pelajar-pelajarnya yang ungkal dan sering keluar asrama tanpa kebenaran.
6. vila
Dato' Aliff Syukri merealisasikan impiannya untuk membina sebuah vila mewah yang bernilai berjuta-juta ringgit.
Bahasa Klasik
1. alamat
Langit sudah gelap alamat akan hujan tidak lama lagi.
2. baada subuh
Keluarga Haji Embong sudah bersiap sedia untuk bertolak ke Alor Setar sejak baada subuh lagi.
3. carang
Burung yang sedang bertenggek di atas carang pokok berkicau merdu pada awal pagi itu.
4. dalam percintaan
Puteri Elsa meminta adikandanya agar tidak mengganggu baginda yang sedang dalam percintaan.
5. fana
Ustaz Ebit berpesan kepada anak-anak didiknya agar tidak terlalu leka dengan dunia yang fana ini.
6. geta
Raja Aminuddin sedang bersemayam di atas getanya.
A) Kosa Kata
1. anani
- Puan Aishah menasihatkan anak muridnya agar tidak bersifat anani kerana akan tidak disenangi oleh masyarakat.
2. bintat
- Ibu memarahi adik kerana bermain di luar hingga lewat petang sehingga lengannya dipenuhi bintat akibat gigitan nyamuk.
3. cengil
- Fatin menceritakan bahawa sikap bapanya yang cengil menjadikan dia seorang yang berdisiplin pada hari ini.
4. dampit
- Puan Husna memarahi anaknya kerana masih bersikap dampit walaupun telah mengakhiri alam remaja.
5. ekstradisi
- Tajuk utama surat khabar pada hari Sabtu yang lepas adalah berkenaan perjanjian ekstradisi antara Malaysia dengan Singapura.
6. gasar
- Oleh sebab perilaku Amirah yang gasar itu, rakan-rakan di sekolah barunya sering menjauhkan diri daripadanya.
B) Bahasa Klasik
1. astaka
- Semua murid diminta untuk berkumpul di astaka kerana latihan kebakaran sedang dijalankan.
2. barang kelakuan
- "Barang kelakuan kamu di perkhemahan ini akan direkodkan dan markah akan diambil." kata Cikgu Amir kepada anak muridnya.
3. canggung
- Aina berasa malu untuk bertutur dalam loghat Kelantan kerana pertuturannya yang agak canggung.
4. demi
- Demi habis berkerja di sawah, Pak Hamid pulang ke rumahnya untuk berehat.
5. gerangan
- Puan Salmah curiga siapakah gerangan yang telah mengirimkan anaknya sepucuk surat pada bulan yang lalu.
6. hidup-hidupan
- Fauzan berasa sedih kerana hidup-hidupan yang diternak ayahnya telah mati akibat kemarau yang panjang.
GRAMATIS 2
1. kentara
- Saiz badan Atira yang gempal menyebabkan dia amat kentara walaupun hanya dilihat dari jauh.
2. lancip
- Reka bentuk kereta lumbanya yang lancip itu membolehkan beliau meraih tempat pertama dalam acara kereta lumba peringkat antarabangsa.
3. majal
- Kakak membantu ibu mengasah pisau dapur yang semakin majal itu..
- Kakak membantu ibu mengasah pisau dapur yang semakin majal itu..
4. nyelap
- Encik Azli terus nyelap sebaik sahaja beliau pulang ke rumah akibat terlalu penat bekerja seharian.
5. ompong oleh-oleh, buah tangan
v Puan Ros membawa ompong untuk diberikan kepada anaknya yang terlantar di hospital akibat demam denggi.
6. palen barang-barang kelontong, barang yang diguna hari-hari. (spt selipar, sabun mandi dll)
v Raziff masih belum menyediakan palen untuk program perkhemahan sekolahnya selama 3 hari 2 malam.
1. jambatan larangan pangkalan raja
Kawasan jambatan larangan itu tidak boleh dimasuki oleh sesiapapun kecuali kerabat diraja.
2. kabul akan setuju, berkenan
Bagandia kabul akan permintaan Laksamana untuk menambahbaik sistem keselamatan kawasan istana supaya tidak dapat diceroboh oleh musuh luar.
3. lemas halus (budi bahasa), lemah lembut (kelakuan)
Dayang - dayang di istana tersebut lemas - lemas belaka.
4. majlis/ mejelis elok, cantik
Permaisuri kerajaan itu amat gemar mengumpul barang barang yang majlis untuk dijadikan koleksi.
5. narwastu akar wangi, bau-bauan harum
Pokok bunga melur itu mengeluarkan narwastu yang boleh memberikan ketenangan kepada sesiapa yang menghidunya.
6. orang keluaran orang yang bukan dari istana, orang kebanyakan
Orang keluaran yang berhasrat untuk bertemu dengan Sultan perlulah melalui beberapa prosedur terlebih dahulu.