Peperiksaan Percubaan SPM Pulau Pinang 2018 Kertas II
Soalan 1: Rumusan
Petikan di atas membincangkan kebaikan tarian sebagai medium perkembangan remaja di Malaysia.
Antara kebaikan tarian termasuk membentuk sahsiah dan jati diri remaja. Selain itu, tarian juga mampu menonjolkan bakat dan potensi diri mereka yang lahir secara semula jadi. Seterusnya, remaja dapat mengetahui susur galur keturunan dan sejarah tarian tradisional di Malaysia melalui aktiviti tarian. Di samping itu, tarian dapat menyatukan pelajar berbilang bangsa tanpa mengira kaum.
Penyertaan tarian di sekolah boleh digalakkan dengan menubuhkan kelab irama dan tarian sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertandingan tarian antara sekolah juga wajar dianjurkan atas matlamat menggalakkan penyertaan tarian ini.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu untuk memartabatkan bidang tarian agar warisan kesenian dapat dilestarikan.
2(a)
(i) Maksud rangkai kata kemampuan individu ialah kebolehan seseorang.
(ii) Peranan ibu bapa dalam menggalakkan penyertaan dalam bidang tarian ialah memberikan peluang kepada anak-anak untuk mengambil bahagian dalam seni tari. Selain itu, ibu bapa juga harus memberi motivasi secara berterusan demi melahirkan remaja yang aktif dalam bidang ini.
(iii) Usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menawarkan kursus dalam bidang kesenian dan kebudayaan di universiti. Di samping itu, pihak kerajaan wajar menawarkan biasiswa atau bantuan kewangan bagi pelajar yang meminati bidang kesenian.
2(b)
(i) Anak-anak muda di kota mewah dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Mereka juga bergelak ketawa dalam loghat yang direka-reka.
(ii) Langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengawasi pergaulan anak-anak.
(iii) Persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas ialah persoalan keruntuhan akhlak anak-anak muda. Misalnya anak-anak muda dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Persoalan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen pula ialah persoalan ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibu. Contohnya, ‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.
2(c)
(i) Maksud rangkai kata penjurit besar ialah pejuang terkenal.
(ii) Sebaik sahaja sampai ke Melaka, Kertala Sari singgah di luar kota dan menyamar.
(iii) Cara yang dapat saya lakukan ialah menggunakan tipu helah untuk menewaskan Laksamana. Selain itu, saya juga boleh berpakat dengan Patih Kerma Wijaya.
2(d)
(i) Penyajak menzahirkan keinsafan dengan diam dan mengenang dosa lalu. Penyajak juga menangis sambil bersujud kepada Tuhan.
(ii) Jika seseorang manusia itu sedar bahawa dunia ini bersifat sementara, dia pasti tidak melakukan perkara yang ditegah oleh Tuhan. Dia juga akan banyak melakukan amalan yang baik.
(iii) Nilai murni yang terdapat dalam sajak ini ialah nilai keinsafan, contohnya penyajak mengalirkan air mata kerana menginsafi dosa-dosa lalu. Selain itu, terdapat juga nilai keikhlasan, misalnya penyajak melafazkan taubat dengan seikhlas hati.
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
(a)
(i)
lengan:
Pengantin perempuan itu berjalan dengan penuh keayuan sambil memegang lengan pasangannya.
lengang:
Keadaan di sekolah amat lengang pada waktu petang kerana semua pelajar sudah pulang ke rumah.
(ii)
timang:
Bayi yang baru mengenal dunia itu saya timang dengan penuh kasih sayang.
timbang:
Sila timbang bagasi anda sebelum memasuki pesawat.
(iii)
trafik:
Keadaan trafik di lebuhraya itu amat sesak pada musim perayaan ini.
tragik:
Kejadian kapal karam itu sangat tragik bagi semua penduduk di sekitar kawasan itu.
(b)
(i) Pada setiap hari Sabtu, pelajar tingkatan Lima Ceria diajar mata pelajaran Sejarah oleh Cikgu Hasnul.
(ii) Pokok rambutan yang reput itu telah ditebang oleh pekerja kontrak petang tadi.
(iii) Motosikal pusaka kesayangan ayah kami baiki di Bengkel Mutiara.
(c)
(i) cocok - cucuk, habiskan - menghabiskan
(ii) senaskah - senaskhah, menghadiahi - menghadiahkan
(iii) engkar - ingkar, menggaul - bergaul
(d)
(i) keharmonian - keindahan, para-para - para
(ii) tua - usang, demi untuk - demi
(iii) diwartakan - diarahkan, di - pada
(e)
(i) sudah terhantuk baru terngadah.
(ii) air dicencang tak akan putus.
(iii) pelanduk dua serupa.