Soalan KOMSAS SPM 2018
Soalan 2(b) - Prosa Moden (i) Aiman Aqil mampu mencipta formula sendiri dan menyelesaikan masalah matematik tingkatan lima. (ii) Pendekatan lain yang boleh diambil antaranya ialah memberi didikan agama yang mencukupi dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. (iii) Persoalan yang terdapat dalam petikan ialah persoalan ketegasan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Contohnya, bapa Aiman merotannya dan ibunya memarahinya akibat kesalahan yang dilakukan. Persoalan yang boleh didapati daripada keseluruhan cerpen pul a ialah persoalan perasaan dendam akibat kesalahan masa lampau. Sebagai contoh, Aiman menyimpan rasa dendam kepada bapanya yang telah menampar serta merotannya kerana sikapnya yang suka mengganggu murid lain serta suka berimaginasi. Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional (i) Laksamana menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pembahagian itu kerana tidak adil kepada tuan harta itu sendiri. (ii) Laksamana membahagikan harta tersebut kepada tiga. Sebah...