Posts

Showing posts from July, 2018

Soalan Tatabahasa SPM (KBAT)

Set ramalan 1: i) FN + FK ii) subjek: Vincent Chong     predikat: menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14 iii) Zalipah dihadiahkan sebuah novel oleh Vincent Chong bersempena dengan hari jadinya yang ke-14. iv) Sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14 Vincent Chong menghadiahi Zalipah. v) yang vi) dengan Set ramalan 2: i) FN + FK ii) subjek: Guru     predikat: mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka      bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. iii) Murid-murid di dalam kelas itu diajar oleh guru subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. iv) Agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, guru mengajar murid-murid subjek Matematik Tambahan di dalam kelas itu. v) agar vi) untuk Set ramalan 3: i) FN + FK ii) subjek: Abang saya yang sulung ...

Latihan Rumusan

Soalan 1: Rumusan  [ 30 markah ]  Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.                 Dari masa ke masa kita dihadapkan dengan kes-kes pesakit kronik yang merayu simpati orang ramai supaya memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan mereka mendapat rawatan segera. Kita berbangga kerana ramai dermawan yang sanggup memberikan sumbangan kemanusiaan seumpama ini. Namun begitu, cara ini bukanlah langkah yang terbaik dalam kalangan masyarakat penyayang. Hal ini demikian kerana pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan segera terpaksa meminta bantuan daripada individu atau dermawan tertentu. Golongan pesakit kronik ini juga biasanya berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai melalui media elektronik atau media cetak.     ...