Posts

Showing posts from February, 2018

Latihan Pengetahuan & Kemahiran Bahasa

PERCUBAAN SPM NEGERI SEMBILAN 2017 (a) (i) Sudah lama Encik Zahid tidak pulang melawat keluarga mertuanya. Dr. Rushdi merawat pesakitnya, Waheeda dengan penuh teliti. (ii)  Air kopi yang disediakan oleh Mak Teh itu mengewap. Aqilah menguap di dalam kelas yang membosankan itu. (iii) Lelaki itu telah didakwa mengelar tangan isterinya sehingga berdarah. Masyarakat perlu berhenti menyelar seseorang berdasarkan fizikalnya. (b) (i) Kami telah melaksanakan tugas mengemaskinikan maklumat carta organisasi Persatuan Bahasa Melayu pada petang semalam. (ii) Kami sangat memerlukan bimbingan awak untuk memastikan kertas kerja yang disediakan menepati format yang dikehendaki. (iii) Kementerian Pendidikan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk melonjakkan kualiti pendidikan di negara ini. (c) (i)  baiografi - biografi mengabadi - mengabadikan (ii) penuhi - memenuhi speksifikasi - spesifikasi (iii) berprofail - berp...